1. SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut,
mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat
lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.
2. Keanak-anakkan
sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.
Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat
keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap
keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang
membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat
lelaki lebih berghairah.
3. Penuh Pengertian
sikap penuh pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan
diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian
tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan
sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
4. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza
dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka
dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan
dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
5. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman,
pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang
terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan
secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga
menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga
penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak.
Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping
walau dah punya anak ?
6. Pandai Berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik
kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan
sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan
pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta
mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka
serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan