Rabu, Jun 13, 2012

i like your style!!!!!!












LIVE: Kenyataan Balas Neelofa Terhadap Dakwaan Anzalna Nasir


Sekitar jam 3.30 petang ini, Neelofa bakal mengadakan satu sidang media khas untuk menjawab isu tuduhan di’bangkitkan Anzalna Nasir di Bandar Utama.
Sedikit latar belakang isu, Zubir Berita Harian menulis yang Anzalna Nasir mendakwa Neelofa mempunyai niat dan hasad dengki terhadap beliau sejak Dewi Remaja 2010.
Dan, Neelofa enggan memberikan sebarang komen balas rasmi sehinggalah sidang media pada petang ini. Ikuti liputan LIVE kami dari lokasi sidang media. Tekan F5 untuk yang terkini.

3.51PM – Keluarga Neelofa telah membenarkan beliau untuk mengambil tindakan undang undang & dua orang peguam yang di’lantik masing masing adalah Ahmad Hidayat Md Nor & Irwan Mubarak
3.49PM – Neelofa menjelaskan yang pihak Seniman boleh campur tangan dalam situasi ini, jika dan hanya jika keadaan berada di’luar kawalan.
3.47PM – Butir tuntutan terhadap Anzalna Nasir akan hanya boleh di’ketahui selepas pelakon itu menjawab dua perkara tersebut yang merupakan lebih kepada tuntutan bukti.
3.45PM – Neelofa mendakwa yang artikel tulisan Zubir Berita Harian hujung minggu lalu merupakan 100% fitnah dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga ke hari ini.
3.41PM – Pihak Neelofa memberikan tempoh tujuh hari untuk Anzalna Nasir menjawab segala tuntutan. Kegagalan untuk memberikan jawapan akan menyebabkan tindakan undang undang.
3.40PM – Peguam Neelofa menjelaskan bahawa notis tuntutan terhadap Anzalna Nasir telah pun di’keluarkan & tindakan selanjutnya bergantung kepada kenyataan seterusnya oleh Anzalna Nasir.
3.35PM – Neelofa bergerak masuk ke bilik sidang media bersama dua orang peguam yang di’lantik khas untuk kendalikan isu yang sedang hangat ini.
2.56PM – Pihak Neelofa di’khabarkan sedang mencari Anzalna Nasir untuk menyampaikan sesuatu tetapi enggan dedahkan apakah sesuatu yang di’maksudkan. Adakah surat peguam?

I LOVE AL-QURAN


"Ya Allah, terangilah pandangan saya dengan Al-Qur’an. Dan dengannya lapangkanlah hati saya dapatlah kiranya beramal dengannya. Lancarkanlah lidah saya dalam mengucapkannya, teguhkanlah hati saya dengannya dan percepatlah kefahaman saya dengannya serta teguhkanlah kefahaman saya dengannya serta teguhkanlah saya dengannya. Dengan sebab daya dan kekuatan-Mu, karena tiada daya untuk melakukan taat dan tiada upaya untuk menjauhkan maksiat, melainkan dengan pertolongan-Mu, Ya Tuhan Maha Pengasih sekalian yang berkasih sayang. Ya Allah, saya menitipkan kepada-Mu ilmu yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka perkenankanlah kiranya Engkau mengembalikannya lagi kepadaku ketika saya membutuhkannya. Dan janganlah hendaknya Engkau melupakannya. Wahai Tuhan semesta Alam."

bayi dilahirkan punyai enam kaki ...masyallah


PAKISTAN, seorang bayi malang yang baru dilahirkan, terpaksa berjuang untuk hidup apabila ia dilahirkan dengan keadaan yang ganjil iaitu memiliki enam kaki.
Bayi tersebut dipercayai memiliki seorang lagi kembar siam yang dikatakan gagal membesar dengan sempurna dilihat meninggalkan kaki yang terlekat pada anggota badannya.
Para doktor sedang menilai tahap kesihatan bayi tersebut, yang kini sudah dipindahkan ke Karachi untuk rawatan susulan. Mereka sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan bantuan asing bagi menjalankan pembedahan rumit membuang kaki-kaki tambahan pada bayi malang tersebut.
Ayah bayi tersebut merayu sumbangan orang ramai untuk membiayai rawatan anaknya. Ibunya pula yang juga merupakan sepupu kepada suaminya kini beransur-ansur sembuh dari kesan pembedahan melahirkan bayi berkenaan di rumah keluarganya di Sukkur, sekitar 280 km dari Karachi.
“Pembedahan bayi seperti ini bukanlah suatu tugas yang mudah kerana ia memerlukan penilaian yang betul terlebih dahulu” jelas Dr Jamal Rezza, daripada Institut Kesihatan Kanak-kanak Karachi.
“Kita perlu menilai sama ada bayi ini memiliki kaki milik kembarnya atau bukan. Kita juga perlu menilai berapa banyak organ-organ yang telah berkembang kerana ia kelak akan memberi kesan dan mengurangkan peluangnya untuk hidup.”
Keganjilan pada kelahiran bayi ini dikatakan hanya berlaku kurang 1 kejadian daripada sejuta bayi yang dilahirkan.
Sumber: Yahoo News


islam itu indah t_t


ALAM remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.
Maksud hadis: “Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, ‘sesungguhnya aku takut kepada Allah.’”
Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas, perkataan ‘jangan kamu hampiri zina.’

Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya. Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram.
Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nikah.
Semuanya bermula dengan pergaulan bebas tanpa batas, berkawan tak salah yang salahnya bila melampaui batas. Kali ini penulis tampilkan batas-batas dalam pergaulan supaya menjadi bimbingan kepada khalayak remaja sekalian, iaitu:
  1. Pandangan
  2. Pertemuan
  3. Percakapan
  4. Berjabat tangan
  5. Bersentuhan badan
Pandangan yang dimaksudkan di sini adalah pandangan yang biasa bukan bertujuan untuk menimbulkan hawa nafsu sama ada dari pihak lelaki atau perempuan.
Bagi kaum lelaki, Allah s.w.t memberi peringatan di dalam firman-Nya dalam Surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud: “Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka memejamkan setengah dari pandangan mereka…”
Bagi kaum perempuan juga Allah s.w.t memberi peringatan-Nya sebagaimana maksud Surah An-Nur ayat 31 “Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang perempuan yang beriman hendaklah mereka memejamkan (tidak tengok) setengah dari pandangan mereka…” dari kedua-dua ayat itu kita dapat menafsirkan bahawa kita boleh memandang seseorang yang berlainan jantina sekadar yang perlu sahaja.
Pandangannya pula tidak keterlaluan atau memandang melampaui batas sehingga menerbitkan hawa nafsu sesama sendiri. Hanya dengan pandangan saja kita percaya hawa nafsu akan menguasai dan syaitan mudah menggoda akhirnya mendorong mereka ke arah kancah maksiat.
Maksud pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat sunyi.
Dalam konteks hari ini lebih di kenali dengan istilah ‘khalwat’ mengikut kebiasaannya apabila dua orang yang bukan mahramnya bertemu di tempat sunyi, mereka akan mudah terdorong untuk melakukan maksiat.
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Dari hadis di atas dapat kita membuat kesimpulan bahawa Allah melarang pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat-tempat sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai.
Percakapan atau perbualan yang dimaksudkan di sini ialah apabila dua orang individu yang bukan mahramnya bertemu dan bercakap-cakap dengan tujuan tertentu yang boleh mendatangkan syak wasangka.
Dalam soal ini bukan bermakna antara lelaki dan perempuan tidak untuk bergaul dan bercakap-cakap, Islam tidak melarangnya, tetapi percakapan yang dibenarkan ialah mempunyai tujuan yang tertentu atau urusan yang penting sahaja.
Larangan itu dibuat semata-mata untuk menghindari pandangan serong atau fitnah orang terutama sekali kaum perempuan.
Berjabat tangan bermaksud menghulurkan dan menyambut tangan orang lain tanda hubungan silaturahim antara mereka, perlakuan itu meliputi lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan atau sebaliknya.
Menurut Islam hukum berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram. Siti Aisyah r.a ada berkata: “…demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.” (Riwayat Imam Ahmad)
Bersentuhan badan bermakna apabila berlaku pertemuan mana-mana anggota tubuh badan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya.
Sentuhan di sini lebih bermaksud sentuhan dengan sengaja, lebih-lebih lagi hingga menerbitkan keinginan nafsu. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya jika kepala seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.”
Dari hadis di atas dapatlah kita mentakrifkan bahawa persentuhan badan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah dilarang keras Allah s.w.t.
Ustaz Zawawi Yusoh


ISLAM ITU INDAH ^_^

Mungkin ramai diantara kita yang merasai menjadi muslim kerana faktor keturunan. Namun pernahkah kita terfikir adakah kita mengamalkan cara hidup islam? Adakah kita selalu bermuhasabah dan bertanya pada diri kita sendiri “Adakah aku seorang individu muslim yang baik?” Tapi pasti ramai diantara kita lebih memilih untuk terus khayal dengan cinta manusia yang merosakkan, atau kita lebih memilih untuk berfikir soal hidup daripada mati. Akhirnya kita menjadi manusia yang jauh dari Ilmu Allah dan tersungkur di lembah kejahilan yang penuh nista. Persoalannya kini, siapakah yang akan menyelamatkan mereka yang hidup dalam dunia bergelumang dosa dan jahil tentang hakikat kehidupan di dunia ini?
Firman Allah:
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (Surah Adz -Dzariyat, 56)
Hidup ini sebuah perjuangan, dan perjuangan untuk membebaskan saudara seislam kita dari kejahilan merupakan satu jihad yang sangat mulia. Adakah Allah anugerahkan ilmu kepada insan-insan yang fakeh tentang islam hanya bertujuan untuk mengauli “kaki-kaki masjid dan surau”? Adakah ilmu Allah ini terpilih kepada mereka yang mahukan islam ? Ilmu Allah itu tiada batasnya. Menjadi tanggunjawab kita sebagai seorang muslim yang Allah kurniakan sedikit ilmu untuk mendekati golongan-golongan jahil ini.


Firman Allah:
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Surah Fussilat : 33)
Wahai para daei, adakah daqwah itu hanya semata-mata kalian mengajak mereka yang hanya mahukan islam dan tidak menyantuni mereka yang jauh dari Islam? Adakah ilmu kamu terlalu suci sehingga kamu merasakan terhina apabila berkongsi ilmu dengan penjahil-penjahil ini ? Kenapa kalian tinggalkan penjahil-penjahil ini jauh dibelakang? Mengapa apabila kalian melintasi mereka hanya pandangan sinis yang kalian lontarkan? Adakah penjahil-penjahil ini tiada nilai di sisi Allah? Muhasabah wahai para daei, mujahid dan mujahiddah. Tegar kamu membiarkan saudaramu sedemikian rupa? Terlalu hinakah mereka? Adakah uslub daqwah yang kalian gunakan hanya semata-mata untuk insan yang kalian sangka baik? Jika kamu berfikir sedemikian rupa, betapa kita kini mempunyai para daei yang tiada jiwa ummah.
Percayalah, setiap insan yang Allah ciptakan itu punya nilai disisi Allah. Kejahilan Mereka adalah Aset Kita.
By: Ismi Asraf

Kejadian Awan Pelik Di Kota Kinabalu, Sabah





Kota Kinabalu digemparkan dengan kejadian awan yang berbentuk luar biasa, jarang sekali kita melihat awan seperti ini sebelum ini dan mungkin belum pernah pun. Awan aneh terbentuk pada jam 7:50 hingga 9:15 pagi 12 Jun 2012. Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan. Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah
Namun begitu menjelang tengah hari, ribut kencang beserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah. Amaran ini juga telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

 Dibawah ini beberapa gambar awan aneh tersebut, semoga kita dijauhkan dari segala mushibah. Sesungguhnya, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.

Punca kejadian adalah dipercayai daripada taufan yang sedang melanda filipina. Taufan yang kedua sedang menuju ke arah negara Filipina mungkin adalah penyebab kejadian awan pelik di bahagian Pantai Barat Sabah berlaku.
Sumber: melvister.com & hfzkhazali