Sabtu, September 08, 2012

Mengapa Wanita Diciptakan daripada Tulang Rusuk?

Siti Hawa dicipta daripada tulang rusuk.
Mengapa tidak diambil dari kepala?
Mengapa tidak diambil dari kaki atau anggota tubuh yang lain?
 Mengapa Hawa tidak diciptakan daripada tanah seperti kejadian Nabi Adam?
Dan untuk apa Siti Hawa dicipta?

Wanita tidak dicipta daripada kepala lelaki (Adam), supaya tidak melebihi atau mengungguli kudrat lelaki. Wanita tidak dicipta daripada kaki, supaya wanita tidak dihina oleh lelaki atau dipijak laki-laki, kerana dia adalah sebahagian daripada tubuhnya. Wanita tidak diciptakan daripada tanah, kerana wanita memang kudratnya tidak sama dengan lelaki. Wanita dicipta daripada tulang rusuk lelaki, kerana memang untuk dijadikan pasangan kepada lelaki, menjadi pendamping lelaki, menjadi kesenangan lelaki, memperkuat dada lelaki dan sekaligus mengimbangi hidup laki-laki.

Rasulullah Saw menjelaskan dalam hadits-nya:

Artinya:
Sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atas. Jika Anda meluruskannya, sama artinya Anda memecahkannya. Jika Anda biarkan, dia akan tetap bengkok. Kerana itulah, Anda harus selalu memberikan nasihat-nasihat kebaikan. (HR. Muslim)
Tulang tersebut adalah tulang yang bengkok dan letaknya sangat dekat dengan jantung hati. Fungsi tulang ini adalah memperkuat dada dan melindungi hati. Dari sini kita mendapat hikmah dan pelajaran bahwa wanita yang sudah menjadi isteri, dia mempunyai 2 tugas, aitu:

1.    Membuat suami kuat dadanya.

Dada adalah lambang keberanian dan keberanian. Kerananya, orang yang berani akan menantang lawannya dengan menepuk dada. Dada adalah tempat bercampurnya segala rasa, ada rasa benci dan senang, ada rasa kesal dan kecewa. Maka dada harus luas dan tidak sempit, agar boleh menjadi tempat untuk menyelesaikan segala pertengkaran. Orang yang dadanya sempit akan sukar menyelesaikan masalah. Orang yang dadanya sempit mudah berputus asa, tidak positif, tidak punya semangat dan mudah sakit. Itu sebabnya, Nabi Musa ketika mendapatkan perintah untuk menyampaikan kebenaran di hadapan Fir’aun dan orang-orang bodoh, beliau berdoa kepada Allah:

Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataan-ku”. (QS. Thaha:  25-28)

Seorang isteri harus menambahkan kekuatan suami, sehingga potensinya bertambah dan berkembang menjadi berlipat ganda. Seorang isteri tidak hanya sekadar memberikan dorongan, tetapi dia menjadi sebahagian daripada kekuatan dada suami. Jadi sesungguhnya wanita adalah dada suami.

Dada adalah kebanggaan, dan di dalam dada ada keberanian dan kekuatan yang sangat dahsyat. Dada bagi wanita adalah kebanggaannya, dan menjadi kebanggaan suami.

2.    Menjaga hati suami.

Hati adalah inti kehidupan. Di dalam hati ada keimanan. Di dalam hati ada kebahagiaan. Isteri seharusnya meningkatkan keimanan suami dan seharusnya memberikan kedamaian dan kebahagiaan suami. Isteri seharusnya menyenangkan hati suami. Isteri seharusnya menjaga hati suami agar tidak berpaling ke lain hati. Orang yang sudah mempunyai isteri seharusnya hidupnya bahagia dan imannya semakin mantap.

" Mengapa Hawa dicipta ketika Adam sedang tidur "

Menurut pakar psikologi.., seorang lelaki jika dia kesakitan, maka selalunya akan membuatkan timbul dalam hatinya rasa benci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya..

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari rusuknya hingga dia membenci Hawa.

Akan tetapi Hawa diciptakan Tuhan pada Adam saat dia tertidur.. Ia semata-mata agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, dan adakala melihat kematian dihadapannya.. Namun begitu.., semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia sanggup menebusnya dengan kehidupannya sendiri.

Ada syair arab mengatakan.., sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi kalbu lelaki (jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa menjadi ratu di hati lelaki.

Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang setia jika fahami sebaiknya.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang diberitahu oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.”

Maksud kata baginda tersebut adalah.., wanita itu harus difahami, dijaga dengan baik dan dikawal agar tak memudaratkan..

Maka wahai Adam.., janganlah merendahkan perasaan Hawa.. Kerana dia memang diciptakan seperti itu..

Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis didalam hati..

Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf...

Dan percayalah..., wanita amat susah untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang...


p/s: Moral of the story..., cubalah sayangi dan fahami wanita disekelilling korang.. Sesungguhnya.., wanita tu adalah anugerah terindah buat lelaki...