1. Catriona Ross..
~Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.
Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di
cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata.
Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.
Dia yang dihenyak
perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya
seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu
bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.
"Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan
perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur.
Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari
Allah.
"Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan
rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah
buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup
aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.
"Esoknya di
rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk
memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami
tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat
untuk saya mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.
Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi
drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa
apabila yang ada hanya selendang.
Dia kemudian menghubungi
teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu,
temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung.
Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus
disarungkan di kepala.
"Sejak itu saya terus bertudung. Tekad
saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke
akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil.
"Apabila
pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut
dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius.
Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia
ternyata gembira dengan keputusan saya.
"Banyak nikmat yang
Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa
dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas
jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula
dan doa itu Allah perkenankan.
"Kemudian, ada suara sumbang
bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam
kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya
bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan?
"Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa
saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di
sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.
"Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang
dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan
kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang
faham," kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata
daripada mengalir.
2. Irma Hasmie..
~“Alhamdulillah,
sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya
ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila
sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.
“Kalau boleh, saya
tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut
disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun
semua orang akan mengetahui juga.
“Saya bersyukur dan gembira
dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak
belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku
secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia,
ramai yang menerima baik niat saya ini,” jelas Irma akui hidupnya kini
lebih tenang dan bahagia Irma. Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan
bahagia.
Berdoa di Mekah
Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.
“Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah
Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki
ke tanah suci ini.
“Memang seronok berada di sana, saya dapat
lihat sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak
mahu melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta.
“Slma 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa
yang pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik,” jelas Irma
yang turut memohon ditenangkan hati setiap masa.
3. Abby Abadi...
~“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka
tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur,
di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga
Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya.
Segala-galanya dipermudahkan.“Saya juga berharap perubahan ini tidak
akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling.Apatah lagi hal
bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia
membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,”
katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni
tetap berjalan seperti sedia kala.
Mengenai kesempatan indah
menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim,
9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur
kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara
tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.
Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk
ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja
halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat
diluluskan.“Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan
saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak
tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah,
memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak
dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan
juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah.
“Saya juga tak
terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang
mencanak.Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi
terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat
menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada,
insya-Allah.
4. Diana Amir...
~“Saya ambil keputusan
ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi
petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
“Dan mimpi-mimpi
tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan
perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan
ini,”
“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin
Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada
seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal
daripada saya,”
“Saya tahu saya masih lemah terutamanya
mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu
dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.
“Ketika buat
keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat
dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak
menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,”
“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”
Alhamdulillah... ^_^