Khamis, Jun 14, 2012

Tak salah layan k-pop. saya pun layan lagu-lagu k-pop jugak. saya pun tngok gak citer running man. Tahu la sikit2 artisnya cam jae seuk, gary, lelaki girafah(kwangsoo)~

Tapi jangan la sampai terlampau taksub sangat dengan hiburan k-pop nih. terutama sekali yg lelaki korea tu. memang la hensem, tapi tu semua plastic sugery...^_^

CINTA MATI :D


Cinta buta, cinta mati, cinta yang membawa maut dan bermacam-macam lagi cinta selalu dikenali di sekitar para remaja masa kini. Cinta memang wujud, tidak benar andai seseorang itu berkata dia tidak pernah jatuh cinta atau sedang bercinta. Berkemungkinan cinta mereka tidak berbalas dan oleh sebab itu seseorang berkelakuan tidak ingin bercinta dan ingin hidup seorang diri~

Tetapi, cuma satu sahaja manusia sering lupa. Cinta sesama insan tidak akan kekal lama. Ini kerana, kita ada Tuhan dan Tuhan kita adalah Allah. Allah berkuasa menarik apa sahaja yang Dia ciptakan termasuk orang yang kita sayang~

Oleh itu, renungkan dan ingatlah bahawa cinta pada manusia tidak kekal lama tetapi cinta pada Allah tidak akan pudar buat selam-lamanya

sekadar renungan ^_^

Jika semua manusia berubah menjadi baik , dunia 'mungkin' tiada lagi peperangan, kacau bilau, tipu daya, rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah, kecurian, pembunuhan dan rompak samun, tiada lagi kemusnahan alam sekitar, pencemaran alam, ancaman senjata & bom nuklear, serangan peluru berpandu,& lain-lain lagi..Betapa ramainya manusia telah dipengaruhi nafsu jahat untuk merebut dan membolot semua harta kekayaan , menindas dan menjahanamkan hak orang lain, rakus dalam perebutan kuasa dan wang. Hilangnya nilai-nilai kemanusiaan bila manusia meletakkan agama di belakang dalam segala hal kehidupan dan cara hidup ~ ~ ~