Mungkin ramai diantara kita yang merasai menjadi muslim kerana faktor
keturunan. Namun pernahkah kita terfikir adakah kita mengamalkan cara
hidup islam? Adakah kita selalu bermuhasabah dan bertanya pada diri kita
sendiri “Adakah aku seorang individu muslim yang baik?” Tapi pasti
ramai diantara kita lebih memilih untuk terus khayal dengan cinta
manusia yang merosakkan, atau kita lebih memilih untuk berfikir soal
hidup daripada mati. Akhirnya kita menjadi manusia yang jauh dari Ilmu
Allah dan tersungkur di lembah kejahilan yang penuh nista. Persoalannya
kini, siapakah yang akan menyelamatkan mereka yang hidup dalam dunia
bergelumang dosa dan jahil tentang hakikat kehidupan di dunia ini?
Firman Allah:
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (Surah Adz -Dzariyat, 56)
Hidup ini sebuah perjuangan, dan perjuangan untuk membebaskan saudara
seislam kita dari kejahilan merupakan satu jihad yang sangat mulia.
Adakah Allah anugerahkan ilmu kepada insan-insan yang fakeh tentang
islam hanya bertujuan untuk mengauli “kaki-kaki masjid dan surau”?
Adakah ilmu Allah ini terpilih kepada mereka yang mahukan islam ? Ilmu
Allah itu tiada batasnya. Menjadi tanggunjawab kita sebagai seorang
muslim yang Allah kurniakan sedikit ilmu untuk mendekati
golongan-golongan jahil ini.
Firman Allah:
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru
kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : Sesungguhnya aku
termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Surah Fussilat : 33)
Wahai para daei, adakah daqwah itu hanya semata-mata kalian mengajak
mereka yang hanya mahukan islam dan tidak menyantuni mereka yang jauh
dari Islam? Adakah ilmu kamu terlalu suci sehingga kamu merasakan
terhina apabila berkongsi ilmu dengan penjahil-penjahil ini ? Kenapa
kalian tinggalkan penjahil-penjahil ini jauh dibelakang? Mengapa apabila
kalian melintasi mereka hanya pandangan sinis yang kalian lontarkan?
Adakah penjahil-penjahil ini tiada nilai di sisi Allah? Muhasabah wahai
para daei, mujahid dan mujahiddah. Tegar kamu membiarkan saudaramu
sedemikian rupa? Terlalu hinakah mereka? Adakah uslub daqwah yang kalian
gunakan hanya semata-mata untuk insan yang kalian sangka baik? Jika
kamu berfikir sedemikian rupa, betapa kita kini mempunyai para daei yang
tiada jiwa ummah.
Percayalah, setiap insan yang Allah ciptakan itu punya nilai disisi Allah. Kejahilan Mereka adalah Aset Kita.
By: Ismi Asraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan