Rabu, Jun 13, 2012

bayi dilahirkan punyai enam kaki ...masyallah


PAKISTAN, seorang bayi malang yang baru dilahirkan, terpaksa berjuang untuk hidup apabila ia dilahirkan dengan keadaan yang ganjil iaitu memiliki enam kaki.
Bayi tersebut dipercayai memiliki seorang lagi kembar siam yang dikatakan gagal membesar dengan sempurna dilihat meninggalkan kaki yang terlekat pada anggota badannya.
Para doktor sedang menilai tahap kesihatan bayi tersebut, yang kini sudah dipindahkan ke Karachi untuk rawatan susulan. Mereka sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan bantuan asing bagi menjalankan pembedahan rumit membuang kaki-kaki tambahan pada bayi malang tersebut.
Ayah bayi tersebut merayu sumbangan orang ramai untuk membiayai rawatan anaknya. Ibunya pula yang juga merupakan sepupu kepada suaminya kini beransur-ansur sembuh dari kesan pembedahan melahirkan bayi berkenaan di rumah keluarganya di Sukkur, sekitar 280 km dari Karachi.
“Pembedahan bayi seperti ini bukanlah suatu tugas yang mudah kerana ia memerlukan penilaian yang betul terlebih dahulu” jelas Dr Jamal Rezza, daripada Institut Kesihatan Kanak-kanak Karachi.
“Kita perlu menilai sama ada bayi ini memiliki kaki milik kembarnya atau bukan. Kita juga perlu menilai berapa banyak organ-organ yang telah berkembang kerana ia kelak akan memberi kesan dan mengurangkan peluangnya untuk hidup.”
Keganjilan pada kelahiran bayi ini dikatakan hanya berlaku kurang 1 kejadian daripada sejuta bayi yang dilahirkan.
Sumber: Yahoo News


islam itu indah t_t


ALAM remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.
Maksud hadis: “Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, ‘sesungguhnya aku takut kepada Allah.’”
Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas, perkataan ‘jangan kamu hampiri zina.’

Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya. Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram.
Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nikah.
Semuanya bermula dengan pergaulan bebas tanpa batas, berkawan tak salah yang salahnya bila melampaui batas. Kali ini penulis tampilkan batas-batas dalam pergaulan supaya menjadi bimbingan kepada khalayak remaja sekalian, iaitu:
  1. Pandangan
  2. Pertemuan
  3. Percakapan
  4. Berjabat tangan
  5. Bersentuhan badan
Pandangan yang dimaksudkan di sini adalah pandangan yang biasa bukan bertujuan untuk menimbulkan hawa nafsu sama ada dari pihak lelaki atau perempuan.
Bagi kaum lelaki, Allah s.w.t memberi peringatan di dalam firman-Nya dalam Surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud: “Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka memejamkan setengah dari pandangan mereka…”
Bagi kaum perempuan juga Allah s.w.t memberi peringatan-Nya sebagaimana maksud Surah An-Nur ayat 31 “Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang perempuan yang beriman hendaklah mereka memejamkan (tidak tengok) setengah dari pandangan mereka…” dari kedua-dua ayat itu kita dapat menafsirkan bahawa kita boleh memandang seseorang yang berlainan jantina sekadar yang perlu sahaja.
Pandangannya pula tidak keterlaluan atau memandang melampaui batas sehingga menerbitkan hawa nafsu sesama sendiri. Hanya dengan pandangan saja kita percaya hawa nafsu akan menguasai dan syaitan mudah menggoda akhirnya mendorong mereka ke arah kancah maksiat.
Maksud pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat sunyi.
Dalam konteks hari ini lebih di kenali dengan istilah ‘khalwat’ mengikut kebiasaannya apabila dua orang yang bukan mahramnya bertemu di tempat sunyi, mereka akan mudah terdorong untuk melakukan maksiat.
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Dari hadis di atas dapat kita membuat kesimpulan bahawa Allah melarang pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat-tempat sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai.
Percakapan atau perbualan yang dimaksudkan di sini ialah apabila dua orang individu yang bukan mahramnya bertemu dan bercakap-cakap dengan tujuan tertentu yang boleh mendatangkan syak wasangka.
Dalam soal ini bukan bermakna antara lelaki dan perempuan tidak untuk bergaul dan bercakap-cakap, Islam tidak melarangnya, tetapi percakapan yang dibenarkan ialah mempunyai tujuan yang tertentu atau urusan yang penting sahaja.
Larangan itu dibuat semata-mata untuk menghindari pandangan serong atau fitnah orang terutama sekali kaum perempuan.
Berjabat tangan bermaksud menghulurkan dan menyambut tangan orang lain tanda hubungan silaturahim antara mereka, perlakuan itu meliputi lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan atau sebaliknya.
Menurut Islam hukum berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram. Siti Aisyah r.a ada berkata: “…demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.” (Riwayat Imam Ahmad)
Bersentuhan badan bermakna apabila berlaku pertemuan mana-mana anggota tubuh badan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya.
Sentuhan di sini lebih bermaksud sentuhan dengan sengaja, lebih-lebih lagi hingga menerbitkan keinginan nafsu. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya jika kepala seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.”
Dari hadis di atas dapatlah kita mentakrifkan bahawa persentuhan badan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah dilarang keras Allah s.w.t.
Ustaz Zawawi Yusoh


ISLAM ITU INDAH ^_^

Mungkin ramai diantara kita yang merasai menjadi muslim kerana faktor keturunan. Namun pernahkah kita terfikir adakah kita mengamalkan cara hidup islam? Adakah kita selalu bermuhasabah dan bertanya pada diri kita sendiri “Adakah aku seorang individu muslim yang baik?” Tapi pasti ramai diantara kita lebih memilih untuk terus khayal dengan cinta manusia yang merosakkan, atau kita lebih memilih untuk berfikir soal hidup daripada mati. Akhirnya kita menjadi manusia yang jauh dari Ilmu Allah dan tersungkur di lembah kejahilan yang penuh nista. Persoalannya kini, siapakah yang akan menyelamatkan mereka yang hidup dalam dunia bergelumang dosa dan jahil tentang hakikat kehidupan di dunia ini?
Firman Allah:
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (Surah Adz -Dzariyat, 56)
Hidup ini sebuah perjuangan, dan perjuangan untuk membebaskan saudara seislam kita dari kejahilan merupakan satu jihad yang sangat mulia. Adakah Allah anugerahkan ilmu kepada insan-insan yang fakeh tentang islam hanya bertujuan untuk mengauli “kaki-kaki masjid dan surau”? Adakah ilmu Allah ini terpilih kepada mereka yang mahukan islam ? Ilmu Allah itu tiada batasnya. Menjadi tanggunjawab kita sebagai seorang muslim yang Allah kurniakan sedikit ilmu untuk mendekati golongan-golongan jahil ini.


Firman Allah:
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Surah Fussilat : 33)
Wahai para daei, adakah daqwah itu hanya semata-mata kalian mengajak mereka yang hanya mahukan islam dan tidak menyantuni mereka yang jauh dari Islam? Adakah ilmu kamu terlalu suci sehingga kamu merasakan terhina apabila berkongsi ilmu dengan penjahil-penjahil ini ? Kenapa kalian tinggalkan penjahil-penjahil ini jauh dibelakang? Mengapa apabila kalian melintasi mereka hanya pandangan sinis yang kalian lontarkan? Adakah penjahil-penjahil ini tiada nilai di sisi Allah? Muhasabah wahai para daei, mujahid dan mujahiddah. Tegar kamu membiarkan saudaramu sedemikian rupa? Terlalu hinakah mereka? Adakah uslub daqwah yang kalian gunakan hanya semata-mata untuk insan yang kalian sangka baik? Jika kamu berfikir sedemikian rupa, betapa kita kini mempunyai para daei yang tiada jiwa ummah.
Percayalah, setiap insan yang Allah ciptakan itu punya nilai disisi Allah. Kejahilan Mereka adalah Aset Kita.
By: Ismi Asraf

Kejadian Awan Pelik Di Kota Kinabalu, Sabah





Kota Kinabalu digemparkan dengan kejadian awan yang berbentuk luar biasa, jarang sekali kita melihat awan seperti ini sebelum ini dan mungkin belum pernah pun. Awan aneh terbentuk pada jam 7:50 hingga 9:15 pagi 12 Jun 2012. Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan. Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah
Namun begitu menjelang tengah hari, ribut kencang beserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah. Amaran ini juga telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

 Dibawah ini beberapa gambar awan aneh tersebut, semoga kita dijauhkan dari segala mushibah. Sesungguhnya, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.

Punca kejadian adalah dipercayai daripada taufan yang sedang melanda filipina. Taufan yang kedua sedang menuju ke arah negara Filipina mungkin adalah penyebab kejadian awan pelik di bahagian Pantai Barat Sabah berlaku.
Sumber: melvister.com & hfzkhazali


Ahad, Jun 10, 2012

selamat pengantin baru *_^

waaaa...comel berseri2 letoppp u hehe


ceksu wat pe tu??? haha...pengapit lelaki tu spe lak...pakwe earr..


wahhhh..dh mcm bienda hehe...

ehem-ehemmmmmm :)


PERGHHH comel wokyos :)

di mulakan dgn bismilah.. alhamdulillah masih sihat dgn kehidupan yg di kurniakan oleh yg maha esa... hye hye dh lme sy x update, sgt sgt sgt lame hehehe...hope sihat sejahtera hendaknye...tgok tajuk kat ats tu ase nye korang faham kan kali ni aku nk cter pasal kawan aku kawin...aku nk mintak maaf kat kwn aku tu sbb aku x pegi mase kenduri kawin die..bukan niat x nk pegi tp aku mmg x knl area TANAH MERAH tu..sowi ssgt wokyos..dh cube ajak kawan tetibe lak kwn aku kene outstation ..ajak kawan laen sume bzy kje balik ptg x kan nk g mlm kowt ..sowi ye wokyos.. nk g sorang2 x sampai  tanah merah tu sampai ke TANAH KUBUR kowt HAHAHAHA...Ape2 pown tahniah sbb sdah melangkah ke gerbang kehidupan baru sebagai isteri org hehe...moge kekal hingga hujung nyawa AMIN...doa2kan  biar aku dpt jodoh cepat dh SENJA dh ni hahahaha...maklumlah x de org nk ape kate org (hidung x mancung pipi tersorong2 kan HAHAHA).... skali lagi tahniah&kekal ke akhir hayat...AMIN ...ni aku nk kongsi pic member aku kawin....WOKYOS  MINTAK IZIN YE HEHEHE ...

Khamis, Februari 02, 2012

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami

ROMANTIKNYA RASULULLAH S.A.W.

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami,
yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda
yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."


Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama.


Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.


Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".


Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.


Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. . Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.


Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.


"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin


Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya