Kita semua percaya jodoh kita memang telah
ditetapkan dan ditentukan~ Namun jika hanya percaya tanpa ada usaha
memang tak berjodoh la jawabnya. Jadi USAHA adalah sebenarnya yang
diperlukan untuk merealisasikan impian memiliki sebuah keluarga, bukan
hanya berpegang kepada Jodoh semata2.
Sebut pasal USAHA, memang ramai muslimin dan muslimat kita menganggap semua usaha untuk mendapatkan Jodoh itu adalah
sebagai menghampiri zina. Memang hampir semua usaha berkaitan dengan
jodoh ini melibatkan zina2 kecil bahkan boleh menjadi besar namun tak
semua jenis usaha itu tergolong dalam kumpulan zina kecil dan besar
tersebut.
Sebagai contoh, untuk yang lelaki, apabila ingin
mengenali seseorang wanita itu, boleh menggunakan orang tengah yang
terdiri daripada ahli keluarga wanita itu sendiri terutama parent or abg
n kakak mereka untuk bertanya lebih lanjut berkaitan dengan wanita
tersebut. Seterusnya orang tengah tersebut yang akan memberitahu sendiri
kepada wanita terbabit bahawa lelaki ini ingin berkenalan~
Contoh untuk wanita pula, tak salah untuk memberi sedikit hint2 atau
clue (seperti senyum tersipu2 pabila tertembung, cubaan mengelak
pandangan diikuti nyuruk diblakang badan kawan pastu curi2 nengok dan
apa2 yang sewaktu dengannya) untuk si dia memahami sedikit perasaan anda
secara tersirat. Perlu diingatkan, hint tersebut perlulah diberi ketika
tidak ramai orang yang berhampiran dengan anda dan hint tersebut
bukanlah “jawapan” bagi perasaan anda kepadanya, ianya hanyalah sekadar
hint, atau clue sahaja (jangan berlebih sudah la ). Cukuplah sekadar
memberikan sedikit perlakuan tersirat~
Setelah berusaha, ingatlah kepada ungkapan ini~
SEKUAT mana kita SETIA~
SEHEBAT mana kita MERANCANG~
SEJAUH mana kita MENUNGGU~
SEKERAS mana kita BERSABAR~
SEJUJUR mana kita MENERIMA DIRINYA~
Jika ALLAH Telah Menulis Jodoh buat kita~
Kita Tetap Tidak Akan Bersama~
Tiada Yang Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang~
Dan Sebaik Baik Yang Merancang Itu Adalah ALLAH S.W.T ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan