Terdapat seorang pemuda bersama sahabatnya yang menaiki sebuah kapal
yang sama… menuju ke suatu tempat. Dengan taqdir Allah, kapal yang
dinaiki telah terbocor, lalu mula karam sedikit demi sedikit…
Alhamdulillah, lalu kedua-dua mereka berenang dan terus berenang untuk
menyelamatkan diri, hinggalah tiba di sebuah pulau yang sunyi lagi
kosong…
Ternyata, pulau tersebut tiada berpenghuni, malah
kering kontang tiada sebarang pohon dan wadi… Mereka terus saja
bersama, berdoa dan berdoa kepada Allah mudah-mudahan diberi jalan
keluar, atau paling tidak diberi makan dan minum untuk meneruskan
hidup…Namun, setelah sekian lama, sepertinya doa mereka masih belum
dimakbulkan Tuhan…
Sehinggalah suatu hari pemuda tersebut
berasa hampir putus asa…Lalu mencadangkan kepada sahabatnya agar
mereka memisahkan tanah pulau tersebut kepada dua daerah, dan mereka
tinggal di daerah masing-masing… Pada fikirannya, mungkin salah seorang
daripada mereka orang yang jauh dengan Tuhan, lalu kerana itulah doa
mereka belum dimakbulkanNya…Sahabatnya hanya mengangguk bersetuju tanpa
membantah… Bermulalah kehidupan mereka secara berasingan…Si pemuda
mula berdoa kembali kepada Tuhan… memohon agar diberikan minuman
kepadanya… Di taqdirkan Allah, kawasan tanahnya mula mengeluarkan
beberapa pancutan air mata air dari tanah…
Alangkah
gembiranya pemuda itu, lalu dia menjenguk ke daerah sahabatnya, dan
dilihat tanah di situ masih kering kontang tanpa setitis airpun….
Pemuda itu terus lagi berdoa kepada Allah, kali ini dia memohon semoga
Allah memberikannya makanan pula…Dengan izin Allah, beberapa pohon
buah-buahan mula tumbuh dan hidup subur di tanah daerahnya… Sekali lagi
dia menjeguk ke daerah sahabatnya, dan dilihatnya tiada sebatang pohon
pun yang berdiri di situ..Masih sama kering kontang dan lapang seperti
hari pertama mereka tiba di situ… Sekarang, dia mula yakin bahawa
doa-doanya kini memang dimakbulkan Allah….dan sebaliknya doa-doa
sahabatnya itulah yang tidak dimakbulkan Allah…Dan tahulah dia mengapa
semasa mereka tinggal bersama, doa-doa mereka tidak dimakbulkan Allah…
“Pasti
kerana dia itu seorang yang jauh dengan Tuhan…kerana itulah doanya
tidak dimakbulkan…” Lalu, pemuda itu dengan keyakinan bahawa doanya
sentiasa termakbul, terus berdoa meminta, meminta dan meminta pelbagai
lagi…Hinggalah kemuncaknya, pemuda itu memohon kepada Allah agar dapat
keluar dari pulau itu dan kembali ke perkampungannya… Dengan taqdir
Allah, tiba-tiba dilihatnya ada sebuah perahu hanyut tanpa tuan
menghampiri pulau tersebut…Dengan perasaan gembira yang amat sangat,
dia pun menaiki perahu tersebut lalu meninggalkan pulau itu…
Setibanya
di kampung halaman, dia bertembung dengan seorang tua yang sangat
terkenal alim dan warak di kampungnya itu…Orang tua itu memandangnya
dengan penuh kehairanan… Lalu orang tua itu menegur, “Mana sahabatmu
yang seorang lagi???” Pemuda itu jadi kaget, tapi berusaha untuk
berlagak biasa, lalu bertanya kembali kepada orang tua itu… “Sahabat
yang mana satu?” “Sahabatmu yang di pulau itu..”
Terkejutlah
pemuda itu pabila mendengarkan jawapan orang tua tersebut….Lalu pemuda
itu menceritakan kepada orang tua itu kisah dari mula dia sampai
hinggalah hari dia mendapatkan perahu yang membawanya pulang ke
kampung…. “Lalu, apakah saya harus menolong membawa pulang sahabat saya
itu, sedangkan Allah sendiri tidak memakbulkan doanya?!” kata pemuda
itu lagi. Lantas orang tua tersebut pun menjawab… “Tahukah engkau,
sesungguhnya sahabatmu itu hanya ada satu doa sepanjang dia di pulau
itu, dan satu-satunya doa beliau telah pun di makbulkan kesemuanya oleh
Allah…” “Apa doanya?” pemuda bertanya sedikit teruja..
“Sesungguhnya,
sepanjang waktu, dia hanya meminta agar Allah memakbulkan semua
doa-doamu yang sedang di dalam kesusahan dan kegelisahan…Dan
sesungguhnya satu-satunya doa beliau itu telahpun diperkenankan oleh
Allah…” Maka terduduklah pemuda itu, merasa terharu dan keinsafan….
Subhanallah… masyaAllah… Allahu Akbar…. Bertuahnya pemuda itu mempunyai
seorang sahabat yang semulia itu…alangkah bertuahnya … alangkah
bertuahnya.. alangkah bertuahnya dia… Maka, Saya akhiri kisah hidup
pemuda itu dengan satu pertanyaan…. “Apakah tuan yang mulia sudi menjadi
sahabat saya…dan sudi memberikan saya peluang menumpang barakah
tuan…?”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan